Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan cari fabrik

Sementara tunggu koleksi jersey dan brocade China sampai.. ada sikit gambar deeda menyopping kat Jakatra dan Singapore dalam awal tahun ni.. Gambar pun tak banyak sebab camera rosak.. yg ada ni semua gambar-gambar handphone je...

Jakarta:-


Bangunan hijau tu adalah Pasar Tanah Abang..dalam bangunan ni ada beribu-ribu 'toko' segala macam ada... kalau nak cari fabrik..pergi aje Basement 1 & 2, tak cukup sehari kat sini. Selain fabrik, baju2 siap, telekung, cadar, tablecloth memang jadi buruan kat sini. Ramai juga kami jumpa Malaysian.. terutamanya family yg tengah buat persiapan perkahwinan sebab kak sini juga ada berbagai pilihan bunga telur selain dari mencari lace yg memang murah giler kat sini. Sayang sekali tak sempat nak ambik gambar di bahagian dalam kedai.

Gambar bawah tu pula..Pasar Mayestik..kat sini boleh jumpa kedai-kedai fabrik macam yg ada di Jalan TAR KL ataupun Arab Street Singapore.. banyak juga silk yg higher end value.. french lace, italian silk.. cantik-cantik... Mula-mula sampai kat pintu masuk tu.. ingatkan kedai macam pasar basah.. rupa-rupanya di bahagian belakang baru ada segala gedung-gedung tu.

Singapore :-

Kat sini kami pergi Arab Street yg memang terkenal sebagai pusat tekstil di Singapore. Kalau kira-kira RM yg dah convert SD, kebanyakkan material kat sini masih murah berbanding KL. Senang sangat nak pergi tempat ni.. just ambik MRT sampai Station Bugis. Baru-baru ni kami menginap di budget hotel sekitar kawasan Bugis... jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai ke Arab Street ni. Satu lagi yang buat deeda suka tempat ni sebab ada murtabak zamzam yang cukup ummphh..

No comments:

Post a Comment